Hari ni zie nak entri satu resepi kek moist coklat.zie pernah cuba resepi ni dari sebuah blog.emm tp maaf la x ingat nama blog da..hehehe..berhasil juga kek nya..first time bwt for family x sampai satu hari abis(biasa la byk adik)..untuk kedua kali bwt pun sekejap je..so next zie cuba bwt experiment baru resepi kek moist strawberry.resepi sama tp ada sikit je zie ubah..ok klau nak citer2 sampai satu hari pun x abis..cehhh..kek moist coklat berserta gambar
RESEPI KEK MOIST CHOCOLATE
BAHAN2:
4 biji telur ayam
1 (400ml) tin susu cair ideal
1 sudu teh coklat emulco( klau xda pun x pa )
1 1/2 (250ml+500ml) cawan mentega
2 cawan gula kastor
1 cawan serbuk koko(diayak)
2 cawan tepung kek@ tepung gandum (diayak)
1 sudu teh baking powder (diayak )
1sudu teh soda bikarbonat (diayak )
sedikit esen vanilla
CARA-CARA:
1.) Masukkan mentega ke dalam periuk dan
cairkan menggunakan api yang sederhana.
2.) Kemudian masukan susu cair dan kacau
hingga sebati.
3.) Selepas itu , masukkan gula kastor
dan kacau lagi sehingga sebati.
4.) Masukkan esen vanilla dan masukkan
juga emulco. Kemudian kacau kesemuanya sehingga sebati dan tutup api.
5.) Selepas itu , pindahkan adunan tadi
ke dalam bekas lain ataupun boleh juga menggunakan periuk tadi.
6.) Dalam bekas lain , sila pukul telur
ayam sehingga agak-agak kembang.
7.) Kemudian tuang adunan telur tadi
sikit demi sedikit ke dalam adunan coklat tadi dan kacau sehingga sebati.
8.) Selepas itu , masukkan bahan-bahan
yang telah diayak tadi (tepung gandum +serbuk koko + soda bikarbonat +baking
powder ). Kemudian , masukkan sikit demi sedikit dan gaul sampai semua adunan
sebati. ****(boleh
juga tambah coklat chips)****
9.) Selepas itu , masukkan adunan tadi ke
dalam Loyang. Jangan lupa grisskan Loyang dengan mentega dan masukkan adunan
tadi sampai setengah Loyang sahaja sebab bila masak nanti adunan boleh kembang
sendiri.Tutup dengan aluminium folk atau plastic lain supaya air tidak masuk
dan kukus sehingga masak.
SELAMAT MENCUBA!!^_^
Mintak relod lok
BalasPadam